Jumaat, 20 September 2019 – Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBP Integrasi Gombak hari ini berbesar hati meraikan murid-murid cemerlang dalam Percubaan SPM dan PT3 yang lalu dengan membawa mereka ke Restoran Volcano Shabu-Shabu di Shaftsbury Putrajaya untuk menjamu mereka yang tersenarai dalam Principal’s List. Jamuan istimewa ini juga turut disertai…
Khamis, 19 September 2019 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah menerima kehadiran 15 orang guru dan 24 orang murid dari SMS Pasir Puteh bagi mengaadakan penandaarasan di sekolah ini. Objektif penandaarasan ini lebih kepada pengurusan pusat sumber sekolah. Di samping itu mereka juga sempat meninjau beberapa perkara lain yang…
Sabtu, 07 September 2019 – Sempena tahun Hirah 1441 yang baru bermula, warga SBPI Gombak hari ini turut menzahirkan kesyukuran dengan meraikan kedatangan bulan baharu dalam kalendar Hijrah dengan mengadakan perarakan mengikut kumpulan rumah. Perarakan yang bermula di padang sekolah berakhir di Dewan Seri Gemilang diikuti dengan ceramah Maal Hijrah…
Sabtu, 24 Ogos 2019 – Hari Keusahawanan telah diadakan hari ini dengan penyertaan dari beberapa agensi luar dan juga sistem rumah dengan membuka booth-booth jualan. Melalui pasukan rumah, murid-murid telah dapat membuka booth jualan dan mengihas dengan krativiti masing-masing. Hasil jualan dapat meningkatkan kewangan rumah masing-masing. Melalui program ini, Pn Pengetua…
Rabu, 21 Ogos 2019 – Sempena bulan kebangsaan, Karnival Permainan Tradisional telah diadakan pada hari ini semasa waktu kokurikulum mingguan. Karnival kali ini mempertandingkan beberapa permainan tradisional dengan objektif budaya bangsa dapat terus dipelihara sebagai identiti kebangsaan. Antara permainan yang dipertandingan mengikut sistem rumah ialah congkak, batu seremban, konda kondi,…
Rabu, 31 Julai 2019 – Bersempena kedatangan bulan Ogos, majlis pelancaran Bulan Kebangsaan telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Gemilang. Sepanjnag bulan Ogos ini telah direncanakan pelbagai aktiviti agar semangat kemerdekaan dapat disemarakkan dalam kalangan warga SBPI Gombak sehinggalah kemuncak tarikh keramat 31 Ogos yang bakal menjelma. Majlis…
Isnin, 29 Julai 2019 – Ibu bapa murid-murid Tingkatan 5 hari ini menghadiri sesi interaksi akademik yang telah berlangsung di Dewan Seri Gemilang. Melalui majlis ini guru-guru mata pelajaran dapat memberi informasi perkembangan anak-anak kepada ibu bapa yang hadir dengan lebih jelas agar sarana ibu bapa dapat dipraktikkan dapat membantu…
Ahad, 28 Julai 2019 – SBP Integrasi Gombak buat julung kalinya mengadakan pertandingan 3D Design Challenge sebagai salah satu program di bawah SGE. Penganjuran kali ini melibatkan penyertaan daripada 10 buah SBP dengan bertemakan ‘Smart Green City’. Pertandingan ini memberi cabaran kepada para peserta untuk membina perancangan sebuah bandar bestari…
Sabtu, 27 Julai 2019 – Sekolah Tinggi Itsukaichi Hiroshima, Jepun sekali membawa rombongan mereka ke sekolah ini bagi menjalankan program jalinan antarabangsa ‘Sister School’ bersama SBP Integrasi Gombak. Program yang bermula pada 22 Julai yang lalu telah melabuhkan tirainya pada hari ini setelah melalui pelbagai aktiviti program antara kedua-dua buah…
Jumaat, 19 Julai 2019 – Ibu bapa murid-murid Tingkatan 3 dan 4 hari ini menghadiri sesi interaksi akademik yang telah berlangsung di Surau Ar-Raudah pada hari ini. Melalui majlis ini guru-guru mata pelajaran dapat memberi informasi perkembangan anak-anak kepada ibu bapa yang hadir dengan lebih jelas agar sarana ibu bapa…