Author : Johan Majid

Anugerah Pembestarian Sekolah 2019 Negeri Selangor

Selasa, 12 November 2019 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah diiktiraf dalam Anugerah Pembestarian Sekolah 2019 Negeri Selangor yang diadakan di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara. Sekolah kita telah berjaya merangkul 4 Anugerah iaitu Pengurusan Pusat Akses Cemerlang (Naib Johan), Pemikiran Komputasional Menengah Rendah (Naib Johan),…

Kem Nuqabak

Sabtu, 02 November 2019 – Bermula semalam, Panitia Agama Islam hari ini telah menganjurkan Kem Nuqabak yang melibatkan murid-murid tingkatan 4.  Kem ini bertujuan untuk meningkatkan penghayatan Islam melalui jalinan ukhuwah dan melazimi sunah Rasulullah dalam kehidupan harian.  Program ini telah dibantu oleh fasilitator dalam kalangan alumni sekolah ini sendiri….

Majilis Restu Ilmu Calon SPM 2019

Isnin, 14 Oktober 2019 – Sempena peperiksaan SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi, satu majlis restu ilmu antara calon-calon SPM 2019 dengan guru-guru telah diadakan.  Adam Hakimi bin Azman telah mewakili batch mereka menyampaikan ucapan agar guru-guru dapat mendoakan kejayaan cemerlang buat mereka semua. Mereka juga berjanji akan cuba…

Takziah Buat Keluarga ARIEF MIKHAIL BIN MOHD RAZIF

Sabtu, 12 Oktober 2019 – Warga SBPI Gombak mengucapkan takziah kepada keluarga ARIEF MIKHAIL BIN MOHD RAZIF, murid tingkatan 5 sekolah ini yang telah kembali ke Rahmathullah pada 11 Oktober 2019 jam 07:25 malam di Hospital Selayang setelah dimasukkan ke wad ICU pada malam 08 Oktober 2019.  Jenazah Allahyarham yang telah…

Bola Jaring Olimpik Muda, Gombak 2019

Selasa, 08 September 2019 – SBPI Gombak hari ini menjadi tuan rumah penganjungan Pertandingan Bola Jaring Olimpik Muda peringkat daerah Gombak bagi tahun 2019.  Pertandingan yang disertai oleh murid-murid tingkatan 1 dan 2 ini telah menyaksikan pertemuan beberapa team dari sekolah-sekolah daerah Gombak. Paling manis apabila SBPI Gombak telah berjaya…

Program Belajar Bersama Guru Muda INTEGOMB (Fizik/Kimia/Biologi)

Isnin, 07 September 2019 – Panitia-panitia mata pelajaran sains hari ini telah bergabung menganjurkan ‘Program Belajar Bersama Guru Muda INTEGOMB’ yang telah mula berlangsung sejak semalam.  Melalui program ini beberapa booth telah dibuka berdasarkan topik-topik yang dipilih, mereka membuat penerangan dengan pelbagai kaedah kepada pengunjung yang datang agar memahami konsep-konsep…

Rehat Minda Tingkatan 5

Selasa, 01 Oktober 2019 – Murid-murid tingkatan 5 yang mengadakan aktiviti rehat minda bagi memberi kerehatan kepada minda setelah bertungkus-lumus membuat persediaan bagi menghadapi SPM yang bakal menjelma. Program sehari ini membawa mereka ke Taman Rekreasi Lalang-Layang di Selayang dan seterusnya beriadah dalam permainan bowling di One Utama Shopping Centre, Petaling…

Majlis Interaksi Akademik & Solat Hajat SPM

Sabtu, 28 September 2019 – Ibu bapa murid-murid Tingkatan 5 hari ini meluangkan masa bagi menghadiri majlis interaksi akademik dan solat hajat untuk anak-anak mereka yang bakal menghadapi SPM tidak lama lagi. Perbincangan akademik bersama guru-guru lebih melihat kepada perkembangan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak menerusi peperiksaan percubaan SPM yang…

Majlis Restu Ilmu Calon PT3 2019

Jumaat, 27 September 2019 – Bersempena dengan peperiksaan PT3 yang akan berlangsung pada minggu hadapan, murid-murid calon PT3 telah mengambil kesempatan untuk memperolehi restu daripada guru-guru atas segala ilmu telah yang diperolehi. Majlis yang diadakan pada waktu perhimpunan pagi itu turut mendengar ikrar dan janji calon-calon PT3 untuk berusaha mendapatkan…

Majlis Interaksi Akademik & Solat Hajat PT3

Sabtu, 21 September 2019 – Ibu bapa murid-murid Tingkatan 3 hari ini meluangkan masa bagi menghadiri majlis interaksi akademik dan solat hajat untuk anak-anak mereka yang bakal menghadapi PT3 tidak lama lagi. Perbincangan akademik bersama guru-guru lebih melihat kepada perkembangan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak menerusi peperiksaan percubaan PT3 yang…