Author : Johan Majid

Kejohanan Merentas Desa Ke-17

Jumaat,17 Januari 2020 – Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2020 untuk kali ke-17 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Kejohanan yang mengekalkan trek larian yang sama seperti tahun-tahun terdahulu ini telah menyaksikan kecemerlangan rumah Merah Delima berjaya memungut mata tertinggi untuk muncul sebagai juara keseluruhan. Rumah Hijau Zamrud berada…

Pelancaran Program Mentor Mentee 2020

Isnin, 13 Januari 2020 – Program mentor-mentee bermatlamat untuk menjadi satu saluran kepada murid-murid dalam membimbing mereka menangani pelbagai masalah agar mereka sentiasa terbimbing secara sihat. Hari ini program mentor-mentee telah dilancarkan dengan memperkenalkan mentor-mentor yang terdiri daripada para guru yang bakal membimbing mentee mereka daripada setiap dorm yang terdapat…

Pendaftaran Murid Tingkatan 1

Selasa, 07 Januari 2020 – Murid-murid Tingkatan 1 SBPI Gombak bagi kemasukan 2020 hari ini telah mendaftarkan diri di Dewan Seri Gemilang. Sempena menyambut kehadiran mereka, beberapa booth telah diwujudkan bagi mempamerkan kelebihan SBPI Gombak kepada mereka serta ibu bapa yang menghantar mereka.  Antara booth yang diwujudkan adalah booth R&D, Garage…

Majlis Penyerahan Van Sumbangan Alumni (GIBSA)

Sabtu, 04 Januari 2020 – Alumni SBPI Gombak (GIBSA) hari ini dengan rasminya telah menyerahkan van baharu kepada pihak sekolah hasil dari pelbagai aktiviti mengumpul dana yang telah diusahakan. Saudara Muhammad Fikri bin Ahmad selaku pengerusi GIBSA, secara simbolik telah menyerahkan mock kunci van tersebut kepada Pn Nor Hayati binti…

Perhimpunan Pertama Sesi Persekolahan 2020

Khamis, 02 Januari 2020 – Perhimpunan rasmi pertama bagi sesi persekolahan telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini seawal pukul 7.15 pagi.  Perhimpunan kali ini juga turut melancarkan ‘Program First Day At School 2020’ yang dihadiri oleh Inspektor Amirul Ashyraf bin Abu Hassan iaitu Pegawai Perhubungan Sekolah IPD…

Selamat Kembali Ke Sekolah

01 Januari 2020 – Murid-murid SBPI Gombak yang bakal meneruskan persekolahan mereka di tingkatan 2 hingga 5 bagi sesi pembelajaran 2020 hari ini kembali ke sekolah dengan semangat dan azam baharu.  Proses pendaftaran kelas dan asrama telah berlangsung dengan lancar dan dibuat dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. …

Anugerah Sistem Rumah & Kokurikulum 2019

Jumaat, 22 November 2019 – Menutup tirai persekolahan 2019, Majlis Anugerah Sistem Rumah & Kokurikulum telah diadakan hari ini bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah memberi sumbangan dan kecemerlangan dalam pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.  Majlis ini telah disempurnakan oleh En Mohd Zahri bin Abdul Rahim,…

Penyerahan Tampuk Kepimpinan Murid

Rabu, 20 November 2019 – Murid-murid tingkatan 5 yang memegang tampuk kepimpinan tertinggi murid pada hari ini menyerahkan tugas-tugas rasmi mereka kepada pemangku kepimpinan tertinggi yang telah pun dipilih dalam kalangan murid-murid tingkatan 4 yang bakal menerajui tampuk kempimpinan tertinggi murid pada tahun hadapan.  Murid-murid yang telah dilantik untuk menjadi…

Dialog Prestasi Tingkatan 1 dan 2

Jumaat, 15 November 2019 – Ibu bapa dan penjaga murid-murid tingkatan 1 dan 2 hari telah berpeluang bertemu dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka melalaui sesi dialog prestasi yang telah diadakan di surau sekolah pada hari ini.  Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBPI…

Karnival Teknologi I.R 4.0

Rabu, 13 November 2019 – Murid-murid tingkatan 3 yang telah yang telah menduduki PT3 hari ini berpeluang menyertai Karnival Teknologi I.R (Industrial Revolution) 4.0 yang telah diadakan de UniKL.  Karnival yang mendapat kerjasama Universtiti Kuala Lumpur (UniKl BMI) telah memberi peluang kepada murid mempamerkan keupayaan mereka dalam menerokai bidang R&D,…