Perhimpunan Pertama Sesi Persekolahan 2020

Perhimpunan Pertama Sesi Persekolahan 2020

Khamis, 02 Januari 2020 – Perhimpunan rasmi pertama bagi sesi persekolahan telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini seawal pukul 7.15 pagi.  Perhimpunan kali ini juga turut melancarkan ‘Program First Day At School 2020’ yang dihadiri oleh Inspektor Amirul Ashyraf bin Abu Hassan iaitu Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Gombak bagi SBPI Gombak.  Dalam ucapannya, Inspektor Amirul Ashyraf menyentuh beberapa kes salah laku murid pada masa kini dan berharap murid-muri SBPI Gombak tidak sesekali terlibat dengan gejala negatif tersebut.  Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBPI Gombak yang merasmikan program mengharapkan perjalanan sesi persekolahan 2020 akan lebih lancar tanpa isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :