Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Kembali Ke Sekolah

01 Januari 2020 – Murid-murid SBPI Gombak yang bakal meneruskan persekolahan mereka di tingkatan 2 hingga 5 bagi sesi pembelajaran 2020 hari ini kembali ke sekolah dengan semangat dan azam baharu.  Proses pendaftaran kelas dan asrama telah berlangsung dengan lancar dan dibuat dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.  Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBPI Gombak dalam ucapannya kepada ibu bapa dan murid-murid mengharapkan peranan yang lebih besar dapat dimainkan oleh semua pihak dengan lebih baik agar tahun 2020 ini memberi impak terbaik untuk semua.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :