Takziah Buat Keluarga ARIEF MIKHAIL BIN MOHD RAZIF

Takziah Buat Keluarga ARIEF MIKHAIL BIN MOHD RAZIF

Sabtu, 12 Oktober 2019 – Warga SBPI Gombak mengucapkan takziah kepada keluarga ARIEF MIKHAIL BIN MOHD RAZIF, murid tingkatan 5 sekolah ini yang telah kembali ke Rahmathullah pada 11 Oktober 2019 jam 07:25 malam di Hospital Selayang setelah dimasukkan ke wad ICU pada malam 08 Oktober 2019.  Jenazah Allahyarham yang telah disahkan mendapat jangkitan kuman itu, hari ini telah disolatkan di Masjid Al-Khairiah, Taman Seri Gombak dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bukit Permata, Gombak.  Guru-guru, PIBG dan murid-murid SBPI Gombak juga berkesempatan memberi penghormatan terakhir dengan mengiringi dan menyempurnakan jenazah Allahyarham.  Saudara Arief Mikhail adalah seorang murid yang aktif dalam pelbagai bidang termasuklah menjadi Pengawas Sekolah, Ketua Rumah Kuning (Topaz), Jawatan kuasa Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Jurufoto majalah sekolah dan sebagainya. Belaiu adalah seorang yang sangat disenangi dan disayangi oleh seluruh warga SBPI Gombak dan amat terkenal dengan perwatakannya yang tenang dan sangat menghormati guru. Al-Fatihah.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :