Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Ke-19

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Ke-19

Khamis, 20 Julai 2023 – Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi kali ke 19 SBP Integrasi Gombak pada tanggal 20 Julai 2023 diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Malaysia. Walaupun beliau sempat meluangkan masa selama satu jam sahaja tetapi cukup bermakna sebagai penghargaan kepada sekolah terbaik SPM tahun 2022. Majlis kali ini menyaksikan para graduasi, murid-murid dan guru-guru menerima pengiktirafan atas usaha cemerlang sepanjang tahun 2022. Semoga kecemerlangan akan terus dicipta.