Bengkel Pemantapan Akademik Matematik Tambahan SBP Zon Tengah

Bengkel Pemantapan Akademik Matematik Tambahan SBP Zon Tengah

Jumaat, 28 Oktober 2022 – Alhamdulillah selesai Bengkel Pemantapan Akademik Matematik Tambahan SBP Zon Tengah.
Program ini merupakan program dikelolakan oleh ahli Panitia Matematik Tambahan SBPI Gombak.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk guru-guru Matematik Tambahan seluruh SBP Zon Tengah dan beberapa sekolah lain berkumpul dan mendalami DSKP KSSM Matematik Tambahan secara terperinci bagi memastikan kualiti pdpc yang terbaik dapat disampaikan kepada murid-murid.

Semoga semua guru Matematik Tambahan yang hadir mendapat manfaat dari program ini.