Jumaat, 22 April 2022 – Warga SBPI Gombak hari ini amat bertuah kerana dapat menjalankan ibadah puasa dengan berbuka bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin. Sebeum waktu berbuka tiba, Dr Radzi Jidin sempat memberikan ucapannya dalam menyentuh tentang perantauan ilmu. Datuk Dr Radzi Jidin juga sudi untuk mengimamkan solat maghrib dan seterusnya ke Dewan Makan untuk menikmati juadah berbuka bersama semua warga sekolah. Sebelum mengakhiri kunjungannnya, beliau sempat beramah mesra dengan semua warga sekolah dan bergambar bersama-sama semua hadirin. Pihak sekolah mebucapkan ribuan terima kasih kerpada YBMK atas kesudian meluangkan masa bersama warga sekolah.