Pelancaran Program ‘Jom Ke Sekolah 2022’ dan ‘Ihya Ramadan 1443H/2022M’

Pelancaran Program ‘Jom Ke Sekolah 2022’ dan ‘Ihya Ramadan 1443H/2022M’

Selasa, 5 April 2022 – Dua program telah dilancarkan serentak pada pagi hari ini iaitu Program ‘Jom Ke sekolah 2022’ dan ‘Ihya Ramadan 1443H/2022M’ bersempena dengan bermulanya sesi persekolahan secara bersemuka dan juga menyambut kedatangan bulan Ramadan. Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Shahariah Mohamed Jamil selaku Pemangku Pengetua dan Guru Penolong Kanan sekolah. Program ini bertujuan mengambalikan semula semangat dan motivasi murid untuk bersekolah scara bersemuka dan juga menyambut ketibaan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang dapat memberi erti kepada kurniaan bulan penuh rahmat ini.