Isnin, 4 April 2022 – Setelah sekian lama ber’pdpr’, akhirnya hari ini murid-murid tingkatan 2 hingga 5 dapat kembali semula ke sekolah untuk bersekolah seperti biasa setelah sesi persekolahan diumumkan oleh pihak kerajaan dapat dijalankan seperti biasa tetapi masih mengikuti S.O.P agar penularan wabak COVID-19 dapat terus dibendung. Murid-murid telah dihantar oleh ibu bapa secara berperingkat ke sekolah mengikut jadual yang telah diatur dan segala proses pendaftaran murid telah berjalan degan baik.