Majlis Perpisahan Pengetua, Wan Suryani Wan Mohd Razali

Majlis Perpisahan Pengetua, Wan Suryani Wan Mohd Razali

Khamis, 21 March 2022 – SBPI Gombak sekali lagi akan kehilangan pengetua apabila pengetua Pn Wan Suryani Wan Mohd Razali akan mengakhiri perkhidmatannya di sini mulai esok. Beliau yang mula bertugas di sekolah ini pada 17 March 2021 hanya sempat berkhidmat lebih kurang setahun sahaja dan akan meneruskan perkhidmatannya di PPD Seremban Negeri Sembilan. Bersempana dengan itu guru-guru dan kakitangan sekolah telah mengadakan majlis perpisahan di Hotel Royale Chulan bagi meraikan dan menghargai khidmat bakti beliau selama berada di sekolah ini. Semoga beliau akan lebih cemerlang di tempat baharu.