Jumaat, 18 MAC 2022 – SBPI Gombak telah berkolaborasi dengan Sekolah Cikal Indonesia dan Sekolah Tinggi Itsukaichi Hiroshima Jepun dalam menjayakan ‘Cultural Exchange Program (CEP) – Cultural Festival’. Program yang direkabentuk secara online ini telah mengadakan 5 kali pertemuan sejak 21 Januari yang lalu dan hari ini merupakan penutup program di mana setiap kumpulan mempersembahkan hasil kreativiti mereka dalam mengenal kepelbagaian budaya masyarakat dari ketiga-tiga negara terlibat. Ketiga-tiga sekolah juga telah memaparkan persembahan kebudayaan dari negara masing-masing.
Program ini telah berjaya memberi peluang kepada murid-murid dari ketiga-tiga buah negara untuk saling berkomunikasi, berbincang, saling memahami dan seterusnya membina keyakinan diri. Program seperti ini akan terus dirancang agar jalinan ketiga-tiga buah sekolah dari tiga negara ini dapat dilestarikan.