Selasa, 03 Mac 2022 – Majlis Restu Ilmu calon-calon SPM 2021/22 hari ini telah di adakan di Dewan Seri Gemilang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Wan Suryani Wan Mohd Razali Pengetua SBPI Gombak. Majlis ini adalah simbolik para pendidik memberi restu terhadap ilmu yang diberi selama ini kepada murid-murid tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang bermula esok.
Melalui majlis ini Wan Mohd Zarith selaku wakil murid telah memberikan ucapannya dengan harapan melalui restu para pendidik mereka boleh menghadapi peperiksaan dengan baik dan seterusnya memperolehi keputusan terbaik SPM untuk semua. Pn Pengetua jua turut menyampaikan uacapannya antara lain mengharapkan murid-murid terus fokus dengan pepeiksaan tanpa menimbulkan isu-isu yang boleh mengganggu kosentrasi mereka.
Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar kecemerlangan oleh semua calon yang diketuai oleh Thaqif Adli.