Isnin, 7 Februari 2022 – Majlis Watikah Perlantikan telah disempurnakan oleh Pengetua SBP Integrasi Gombak , Puan Wan Suryani binti Wan Mohd Razali pada hari ini. Barisan kepimpinan Majlis Tertinggi Badan Pengawas yang diketuai oleh Ketua Umum, Datu Aaron Ashraf bin Datu Darius bersama Nur Alisya Qistina binti Mohd Hazli sebagai Penolong Ketua Umum I dan Ahmad Syamil bin Ahmad Reduan sebagai Penolong Ketua Umum II.
Semoga barisan Majlis Tertinggi Badan Pengawas 2022 yang dilantik dapat menggalas tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi, integriti dan sentiasa cemerlang dalam semua aspek.