Seni Bela Diri Taekwondo Kukkiwon Terbuka Selangor 2023

Seni Bela Diri Taekwondo Kukkiwon Terbuka Selangor 2023

Sabtu, 30 Julai – Selama 3 hari bermula Jumaat 28 Julai hingga hari ini, SBPI Gombak telah menjadi tuan rumah penganjuran pertandingan Seni Bela Diri Taekwondo Kukkiwon Terbuka Selangor untuk tahun ini. Melalui pertandingan ini murid-murid yang menyertai kelab taekwondo sekolah telah berpeluang menyertai pelbagai kategori pertandingan yang turut disertai oleh para peserta dari negeri-negeri lain. Paling manis apabila sekolah ini juga merangkul gelaran juara keseluruhan bagi tahun ini.