Majlis Pelancaran Pertandingan Penghijauan Malaysia

Majlis Pelancaran Pertandingan Penghijauan Malaysia

Sabtu, 5 Ogos 2023 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah dipilih oleh pihak ANGKASA sebagai lokasi Majlis Pelancaran Pertandingan Penghijauan Malaysia : Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA iaitu YBHG Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah. Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat, terutamanya warga INTEGOMB akan kepentingan menjaga alam sekitar dan menghargainya melalui penanaman pokok sebagai salah satu proses penghijuan Malaysia secara berterusan.