BENGKEL APPLE TECH LEADERS 2024

BENGKEL APPLE TECH LEADERS 2024

Berikut merupakan maklumat bagi bengkel tersebut:
Tarikh : 17 November 2024 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat Sumber
Peserta : Tech Leaders Tingkatan 2 dan Tingkatan 3
Penceramah : En. Mohd Razif Bin Abdul Razak

Sepanjang bengkel ini, Apple Tech Leaders telah didedahkan dengan aplikasi Swift Playground dan telah melaksanakan beberapa modul bermula dengan Get Started with Code dan Get Started with Apps. Mereka dapat memahami bahasa dan konsep pengaturcaraan dengan baik menggunakan bahasa Swift UI.

Semoga Bengkel Apple Tech Leaders dapat membantu murid mahir dalam penggunaan aplikasi pembelajaran serta melatih murid berfikir secara logik serta kreatif dalam menyelesaikan masalah. Melalui bengkel Apple Tech Leaders juga diharapkan dapat memberikan semangat serta keyakinan kepada mereka untuk membantu rakan-rakan lain dalam penggunaan iPad secara berkesan, efektif dan bermanfaat.