Pentadbiran

Pentadbiran

Pengenalan

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.

 

Sejarah Penubuhan SBP Integrasi Gombak

SBP Integrasi Gombak adalah satu daripada beberapa buah sekolah yang berkonsepkan integrasi dalam arena Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. SBP Integrasi Gombak menempatkan murid-murid yang terpilih dan   terletak di Daerah Gombak. Sekolah ini telah beroperasi pentadbirannya pada Disember 2002 dan menerima kemasukan murid ambilan  pertama  pada 17 Februari 2003. Seramai 162 orang murid telah mendaftar pada hari tersebut yang terdiri  daripada 82 orang murid tingkatan 1 dan 80 orang murid tingkatan 4.

Walaupun baru setahun jagung, warga sekolah ini berazam untuk membuktikan bahawa SBP Integrasi Gombak mampu melahirkan anak-anak bangsa yang berdaya saing,berketrampilan, bersahsiah mulia di samping samping mencapai kecemerlangan akademik setanding dengan sekolah-sekolah lain.

 

LOGO SBP Integrasi Gombak

logo copy

 

 

Lagu SBP Integrasi Gombak

Di Persada Ilmu

 

Jenama SBPI Gombak

  • Sekolah Berasrama Penuh
  • Sekolah Berprestasi Tinggi
  • School of Global Excellence (SGE)

 

Leave a Reply