Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon A

Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon A

Ahad, 09 April 2017 РBermula pada hari Jumaat (07 April 2017) yang lalu, sekolah-sekolah berasrama penuh daripada Zon A telah mengadakan perlawanan bola keranjang SBP yang berlangsung di Sekolah Menangah Sains Selangor bagi kategori perempuan dan di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras bagi kategori Lelaki. SBPI Gombak sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib juara bagi pasukan lelaki apabila tewas di tangan Sekolah Alam Shah sewaktu pertandingan peringkat akhir. Pasukan perempuan pula hanya mampu berada pada tempat ketiga apabila tewas di tangan SM Sains Selangor sewaktu peringkat separuh akhir.  Berikut adalah keputusan penuh perlawanan. Kategori Lelaki : Juara РSekolah Alam Shah, Naib Juara РSBPI Gombak, Ketiga Bersama РSM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor. Kategori Perempuan : Juara РSekolah Seri Puteri, Naib Juara РSM Sains Selangor, Ketiga Bersama РSBPI Gombak & SMAP Labu.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :