Majlis Pelancaran Program NILAM 2017

Majlis Pelancaran Program NILAM 2017

Isnin, 10 April 2017 – Pusat Sumber SBPI Gombak hari ini telah melancarkan program NILAM 2017 dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak telah sudi menyempurnakan perasmian program pada kali ini. Dalam ucapannya, Tn Pengetua berharap program NILAM ini akan dapat terus menjadi pembangkin kepada pembangunan modal insan terhadap murid-murid sekolah ini. Pn Fenty Khosny selaku penyelaras pusat sumber sekolah telah menerangkan beberapa perubahan yang terdapat dalam program NILAM sejajar dengan perubahan zaman terutamanya dalam era abad ke-21 ini.  Murid-murid yang cemerlang dalam program NILAM juga telah diberikan anugerah dan pengiktirafan dalam pelancaran pada pagi ini.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :