Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Ke-16

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Ke-16

Jumaat, 12 April 2019 – Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi sekali lagi diadakan pada tahun ini bagi kali ke-16, sempena meraikan murid-murid yang telah mencipta kecemerlangan terutamanya dalam akademik sepanjang tahun 2018 yang lalu di samping penggraduasian bekas murid-murid tingkatan 5 yang telah melepasi SPM 2018.  Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Amuriddin bin Haji Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, telah diwakili oleh setiausaha sulit beliau iaitu Saudara Muhammad Fikri Bin Ahmad, yang juga merupakan pengerusi Alumni SBPI Gombak. Pelbagai pengiktirafan kecemerlangan telah diberikan kepada guru-guru dan murid-murid antaranya ialah Anugerah Murid Terbaik SPM 2018 iaitu Sharifah Nur Irdina binti Syed Ahmad Zukahiri, Anugerah Murid Keseluruhan 2018 (Aliah Adlina binti Shahrolnizam) dan Anugerah Khas Pengetua (Tihani Batrisyia binti Hamsani).

SIla klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peistiwa: