Pelancaran Bulan Bahasa & NILAM 2019

Pelancaran Bulan Bahasa & NILAM 2019

Isnin, 8 April 2019 – Majlis Pelancaran Bulan Bahasa dan Program NILAM bagi tahun 2019 telah dilaksanakan hari ini semasa perhimpunan mingguan di Dewan Seri Gemilang.  Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Nor Hayati Binti Yusoff Pengetua SBPI Gombak.  Melalui ucapannya beliau berharap program ini dapat mempertingkatkan keupayaan murid-murid dalam menguasai pelbagai bahasa yang dipelajari di sekolah ini di samping mempertingkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang menjadi kunci dan nadi kepada pembinaan nilai insan.  Majlis diserikan lagi dengan persembahan pembacaan puisi dan gurindam oleh murid-murid.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :