23 JANUARI 2015 , JUMAAT – Majlis ini diadakan khusus untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua dan ucapan perasmian oleh Dato’Haji Rizuan Bin Abdul Hamid selaku YDP PIBG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Seterusnya, bacaan ikrar oleh pelajar tingkatan 3 dan 5 yang diketuai oleh ketua batch masing-masing dengan penuh semangat demi mengecapi kejayaan yang diimpikan selama ini. Para hadirin juga berdiri bagi menghormati bacaan ikrar yang dilafazkan oleh anak-anak mereka. Setelah selesai bacaan ikrar, majlis diteruskan dengan sesi interaksi antara ibu bapa dan guru- guru yang terlibat bagi mengetahui perkembangan anak pelajaran anak mereka. Diharapkan mereka mampu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PT3 dan SPM.