Majlis Perpisahan Pembantu Kemahiran H19, Encik Urwah Wahab

Majlis Perpisahan Pembantu Kemahiran H19, Encik Urwah Wahab

Majlis perpisahan Pembantu Kemahiran SBPI Gombak, Encik Urwah Wahab telah berlangsung pada 25 Jun 2021 secara atas talian melalui medium Google Meet. Majlis berlangsung selama 2 jam itu telah dihadiri oleh Pengetua, para Penolong Kanan serta keseluruhan AKP SBPI Gombak.

Untuk pengetahuan, Encik Urwah telah berkhidmat selama 3 tahun di sekolah ini akan berpindah ke SM Sains Pendang yang baru sahaja dibuka pada tahun ini.

Moga dengan perpindahan ini memberi lebih motivasi kepada Encik Urwah di masa akan datang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas khidmat beliau yang sangat komited dalam melakukan tugas-tugas penyelenggaraan di sekolah ini.