Program Kecemerlangan Potensi Diri Tingkatan 5

Program Kecemerlangan Potensi Diri Tingkatan 5

19 Jun 2021 – Siri Program Kecemerlangan Potensi Diri Tingkatan 5 telah dirangka demi memacu kecemerlangan SPM yang bakal diduduki oleh calon-calon SBPI Gombak tahun ini. Program yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah ini telah memulakan sirinya pada 17 Jun yang lalu bagi sesi pertama, dan sesi kedua akan dibuat pada 16 November akan datang. Program ini mengundang penceramah jemputan iaitu En Nor Naemi Bin Md Som dalam menyuntik semangat dan motivsi murid-murid untuk terus memberi yang terbaik dalam menuntut ilmu.