Majlis Persaraan Pn Wan Noor Afifah

Majlis Persaraan Pn Wan Noor Afifah

Khamis, 30 Mac 2017 – Pn Wan Noor Afifah binti Wan Yusof bakal menamatkan perkhidmatannya esok dan telah diraikan oleh seluruh warga SBP Integrasi Gombak dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini. Guru Cemerlang Kimia yang telah memulakan perkhidamatannya pada tahun 1985 ini telah mula berkhidmat di SBPI Gombak semenjak tahun 2003 dan merupakan salah seorang guru terawal yang berkhidmat di sekolah ini.  Banyak pengalaman sebagai pendidik yang telah dikongsikan oleh beliau dalam ucapannya untuk dijadikan teladan dan panduan oleh seluruh warga sekolah. Majlis pada hari ini juga telah diserikan dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid serta tanyangan multimedia yang berupa ucapan-ucapan daripada murid-murid serta bekas murid, di samping himpunan gambar-gambar kenangan sepanjang beliau berkhidmat di SBPI Gombak. Terima kasih Cikgu Wan Noor Afifah!

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :