Mesyuarat Agung PIBG ke-15

Mesyuarat Agung PIBG ke-15

Jumaat, 17 Mac 2017 – Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 bagi SBPI Gombak telah diadakan hari ini di Dewan Seri Gemilang.  Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Sajoli bin Masdor, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Dalam majlis perasmian ini juga, pihak PIBG telah menerima sumbangan sebanyak 30 unit ipad oleh bekas Yang Yang Dipertua (YDP) PIBG yang lalu iaitu Datuk Seri Hj Rizuan bin Abd Hamid untuk diguna pakai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran alaf 21.   Mesyuarat kali ini juga telah sebulat suara memilih En Malek Azmi bin Abdul Aziz, mantan Naib YDP bagi penggal lalu, menjadi YDP bagi menggantikan Brig. Jen Muhammad Anwar bin Abdullah yang telah mengundurkan diri setelah menerajui organisasi ini selama sepenggal. Beberapa muka baharu juga telah dilantik di dalam jawatankuasa, disamping mengekalkan beberapa muka lama.

Sila klink link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :