MAKLUMAN UKSBP SBP INTEGRASI GOMBAK

MAKLUMAN UKSBP SBP INTEGRASI GOMBAK

Makluman Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)

Kepada semua calon yang menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) di SBP Integrasi Gombak.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil maklum :-

  1. Tarikh ujian di SBP Integrasi Gombak adalah pada 12 – 15 Disember 2017 sahaja.

Pakaian Calon

Lelaki

  • Smart kasual/t shirt berkolar tuck in
  • (selipar dilarang sama sekali)

Perempuan

  • Baju kurung
  • (selipar dilarang sama sekali)
  1. Bawa bersama kad pengenalan atau sijil kelahiran dan slip menduduki ujian yang telah dicetak.
  2. Alat tulis dan kalkulator dibenarkan dibawa ke bilik ujian.
  3. Telefon bimbit dan sebarang peranti elektronik (selain kalkulator) adalah tidak dibenarkan untuk dibawa ke bilik ujian dan bilik menunggu.
  4. Terdapat 3 sesi ujian pada setiap hari. Mohon patuhi masa yang telah ditetapkan pada slip peperiksaan anda. Kegagalan anda mematuhi masa, akan menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri.
  5. Pendaftaran sesi 1 : 7.15 am – 7.45 am.
  6. Pendaftaran sesi 2 : 09.45 am – 10.30 am.
  7. Pendaftaran sesi 3 : 1.00 pm – 1.45 pm.
  8. Calon yang lewat tidak dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut, sebaliknya perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya.

Terima kasih.