Selasa, 02 Januari 2018 – Sesi persekolahan baharu bagi tahun 2018 dimulakan dengan perhimpunan rasmi pertama di Dewan Seri Gemilang. Semua murid-murid dan guru kembali ke sekolah dengan ceria bersama semangat baharu bagi melaksanakan azam dan kecemerlangan. Pn Nor Hayati Yusoff, Pengetua SBPI Gombak mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah terhadap pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu dan berharap kecemerlangan itu dapat digandakan lagi agar SBPI Gombak terus diyakini sebagai satu jenama terbaik dalam persada pendidikan negara.
Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :