Mesyuarat Agung PIBG Ke-14

Mesyuarat Agung PIBG Ke-14

Jumaat, 11 Mac 2016 – Bertempat di Dewan Seri Gemilang SBPI Gombak, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SBPI Gombak kali ke-14 telah diadakan, bermula dengan majlis perasmiannya pada pukul 2.30 petang. YBhg. Dato Sri Khairil Awang, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar & Pembangunan Pendidikan), Kementerian Pendidikan Malaysia mewakili YBhg. Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, telah menyempurnakan perasmian mesyuarat. Mesyuarat kali ini telah menyaksikan pelantikan beberapa muka baharu untuk menerajui PIBG bagi sesi seterusnya, terutamanya bagi jawatan Yang Dipertua (YDP) yang telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli memilih Brig. Jen. Muhammad Anwar Abdullah setelah YBhg Datuk Seri Hj Rizuan Abd Hamid mengundurkan diri selepas 5 tahun menjadi YDP.  Bersempena dengan itu YBhg Datuk Seri Hj Rizuan Abd Hamid telah sudi menyampaikan sumbangan beliau sebanyak RM220,000 kepada PIBG bagi tujuan pelbagai aktiviti pembangunan anak-anak SBPI Gombak.

Sila klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar sekitar peristiwa :