Solat Sunat Gerhana Matahari

Solat Sunat Gerhana Matahari

Rabu, 9 Mac 2016 – Fenomena gerhana matahari yang berlaku pada hari ini telah memberi peluang kepada seluruh warga SBPI Gombak untuk menunaikan solat sunat gerhana (kusuf) secara berjemaah di Surau Ar-Raudah SBPI Gombak. Fenomena alam yang jarang berlaku ini sudah tentu dapat mendedahkan murid kepada praktikal solat gerhana di samping dapat merasai kebesaran Allah s.w.t. Solat yang dipimpin oleh Ustaz Baki ini turut disertai oleh Pn Pengetua, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Sila klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar sekitar peristiwa :