Pelancaran Program Kerjaya & Jauhi DARIHV

Pelancaran Program Kerjaya & Jauhi DARIHV

Isnin, 8 Mac 2016 – Pn Pengetua SBP Integrasi Gombak, Pn Rahanim Abd Rahim hari ini telah melancarkan ‘Program Kerjaya & Hidup Bahagia Tanpa DARIHV (dadah, alkohol, rokok, inhalan, HIV-AIDS, veep)’ sewaktu perhimpunan mingguan sekolah. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya merancang untuk memilih kerjaya yang sesuai pada masa hadapan, di samping itu terus mengamalkan gaya hidup sihat tanpa pengaruh negatif DARIHV. Program yang diatur sepanjang bulan Mac ini akan diisi dengan pelbagai bentuk aktiviti seperti ceramah bimbingan dan juga pertandingan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Pelancaran telah diserikan lagi dengan persembahan gerak sihat pasukan senamrobik murid-murid tingkatan 2.

Sila klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar sekitar peristiwa :