Ragbi 7s MCKK

Ragbi 7s MCKK

Dalam Pertandingan Ragbi 7s anjuran The Malay College Kuala Kangsar, Perak yang berlangsung pada 26-28 Februari 2016 yang lalu, pasukan Integomb muncul sebagai Naib Johan Bowl. Pasukan sekolah yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Nasir dan En. Mohd NorHisham telah ditewaskan oleh Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (STAR) dengan perolehan mata 31-7. Tahniah kepada semua pemain yang diketuai oleh Mohd Sharafi dan jurulatih mereka, Sdra. Imran atas komitmen yang amat tinggi. Semoga pasukan ragbi sekolah ini akan terus berjuang atas semangat kesukanan yang tulen. Syabas dan tahniah diucapkan. Terima kasih daun keladi, tahun hadapan kejuaraan milik sekolah ini.