Pendaftaran Murid Tingkatan 4 Ambilan 1 & Murid Tingkatan Satu Ambilan 2 Tahun 2015

Pendaftaran Murid Tingkatan 4 Ambilan 1 & Murid Tingkatan Satu Ambilan 2 Tahun 2015

tingkatan 4 2015

Rabu, 25 Februari 2015 seramai  51 orang murid Tingkatan 4 Ambilan 1 dan seramai  11 orang murid Tingkatan 1 Ambilan 2 mendaftar masuk di SBP Integrasi Gombak. Mereka terdiri daripada murid Aliran Sains Agama, Aliran Sains Tulen dan Aliran Sains Teknikal.

Pendaftaran bermula pada jam 9.00 pagi di Dewan Seri Gemilang dan berakhir pada jam 1 petang. Murid baharu dibantu oleh rakan-rakan angkat yang terdiri dari murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 2 bagi urusan pendaftaran dan pembelian barangan keperluan di koperasi sekolah . Selamat datang diucapkan ke SBP Integrasi Gombak dan   selamat menjadi warga INTEGOMB.

 

Leave a Reply