Program Immersion Akademik TKC

Program Immersion Akademik TKC

Jumaat, 19 Febuari 2016 – Seramai 9 orang murid daripada Kolej Tunku Kursiah (TKC) hari ini selamat menjalani program Immersion Akademik di sekolah ini selama seminggu bermula hari Isnin 15 Febuari 2016. ¬†Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman hidup di SBP Integrasi Gombak terutama dalam melalui proses PdP berorientasikan ‘School Base Classroom’ (SBC) yang telah dilaksanakan di sekolah ini. Melalui ucapan wakil murid TKC, mereka melahirkan rasa¬†seronok melalui proses tersebut dan akan berkongsi pengalaman positif yang ditimba selama berada di sini bersama warga sekolah mereka.

IMG_0020DSCN1346 DSCN1351 IMG_0017