Ahad, 25 September 2017 – SBP Integrasi Gombak telah mengadakan sebuah program perkongsian ilmu berkaitan subjek Sains menengah atas di antara murid tingkatan 4 dan 5 bersama sekolah-sekolah menengah yang lain. Turut hadir juga murid daripada SBP-SBP yang lain. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Hubungan yang erat turut terjalin apabila para murid berinteraksi antara satu sama lain. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :