Program Sister School Dengan Itsukaichi

Program Sister School Dengan Itsukaichi

Isnin, 30 Julai 2017 – Seramai 12 orang tetamu termasuk guru pengiring daripada Itsukaichi Senior High School Hiroshima Jepun telah mengikuti program ini bersama INTEGOMB. Program ini telah berlangsung selama tujuh hari bermula dari 30 julai sehingga 5 Ogos 2017. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang penempatan mereka di SBP Integrasi Gombak. Antaranya ialah perkongsian budaya antara negara mereka dengan Malaysia. Mereka juga telah menginap di Homestay Haji Dorani di Sungai Besar dan antara aktiviti yang mereka lakukan di sana bersama murid-murid SBP Integrasi Gombak ialah membuat layang-layang, menampi  beras ,mencanting batik, menangkap ikan keli dan pelbagai lagi aktiviti mearik yang mereka lakukan di sana. Semoga kenangan manis yang dilakar di bumi Malaysia tidak akan mereka lupakan.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Sister School Itsukaichi