Sambutan Ulang Tahun INTEGOMB Ke-14

Sambutan Ulang Tahun INTEGOMB Ke-14

Jumaat, 17 Februari 2017 – Warga Integomb hari ini bersama-sama meraikan ualng tahun ke-14 penubuhan sekolah ini yang telah mula beroperasi 14 tahun yang lalu pada tarikh yang sama. Majlis kesyukuran yang telah berlangsung di Dewan Seri Gemilang tersebut telah diisi dengan bacaan Yassin oleh kesemua warga Integomb dipimpin oleh Ustaz Mohd Baki.  Pn Noridah Ramlan, wakil pengetua yang tidak dapat turut serta pada hari ini antara lain dalam ucapannya mengimbau kembali pelbagai peristiwa dalam dunia pendidikan yang telah turut dirasai oleh Integomb. Upacara memotong kek ulang tahun telah turut disertai oleh semua guru-guru terawal yang masih berkhidmat di Integomb dan yang telah bersara. Empat orang murid yang lahir pada tarikh sekolah ini ditubuhkan juga turut sama diraikan pada hari ini.

Klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :