Year: 2017

Keputusan SPM 2016

Khamis, 16 Mac 2017 – Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2016 pada hari ini telah menyaksikan seramai 48 orang murid-murid SBPI Gombak memperolehi keputusan semua A. Keputusan kali ini telah menunjukkan sedikit peningkatan dari segi pencapaian gred purata apabila agregatnya mengecil kepada 1.74 daripada 1.76 pada tahun…

Pelancaran Program Kerjaya Dan Jauhi DARVIH

Isnin, 13 Mac 2017 – Perhimpunan rasmi pada pagi ini telah menyaksikan majlis pelancaran ‘Program Kerjaya dan Hidup Bahagia Tanpa DARVIH (dadah, alkohol, kokok, vape, inhalan dan HIV) yang telah disempurnakan oleh Tn Pengetua, En Salleh bin Ismail.  En Fuad Abd Wahab selaku kaunselor dan penyelaras program berharap murid-murid SBPI…

Pusingan Awal Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri – Zon A

Sabtu, 11 Mac 2017 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri untuk pusingan awal bagi sekolah-sekolah SBP yang berada di zon A (zon tengah). Dua kategori telah dipertandingan iaitu kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagai Bahasa Melayu, sekolah-sekolah yang telah…

Lawatan Fatoni University, Pattani, Thailand

Isnin, 6 Mac 2017 – Seramai 48 pelajar dan 5 orang pensyarah daripada Fatoni University, Pattani Thailand telah mengadakan lawatan ke SBPI Gombak. Delegasi daripada Fakulti Pengajian Islam ini telah berpeluang mengenali dengan lebih dekat sistem pendidikan yang dipraktikkan di sekolah ini serta pengurusannya melalui taklimat yang telah diberikan oleh…

Kejohanan Olahraga Kali Ke-14

Sabtu, 4 Mac 2017 – Kejohanan olahraga peringkat sekolah untuk kali ke-14 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Selain mempertandingkan acara-acara padang dan balapan, seperti biasa murid-murid turut bertanding dalam acara senamrobik, perbarisan, hiasan khemah rumah dan papan info. Keputusan keseluruhan kejohanan olahraga telah berpihak kepada Merah Delima sebagai…

Program Sit In EDU Global School, Bandung, Indonesia

Jumaat, 3 March 2017 – Seramai 14 orang murid dan empat orang guru daripada EDU Global School Bandung, Indonesia telah mengadakan program sit-in di SBPI Gombak hari ini sebagai salah satu aktiviti dalam rangka lawatan mereka ke Malaysia. Lawatan kali kedua ke sekolah ini juga telah memberi peluang kepada kedua-dua…

Sambutan Ulang Tahun INTEGOMB Ke-14

Jumaat, 17 Februari 2017 – Warga Integomb hari ini bersama-sama meraikan ualng tahun ke-14 penubuhan sekolah ini yang telah mula beroperasi 14 tahun yang lalu pada tarikh yang sama. Majlis kesyukuran yang telah berlangsung di Dewan Seri Gemilang tersebut telah diisi dengan bacaan Yassin oleh kesemua warga Integomb dipimpin oleh…

Majlis Pelancaran Program ‘Jom Ke Sekolah’

Isnin, 6 Februari 2017 – Sempena program ‘Jom Ke Sekolah’ yang dilancarkan di peringkat kembangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia, SBPI Gombak juga turut melancarkan program tersebut di peringkat sekolah.  Turut hadir dalam perasmian program adalah Sarjan Abdullah Bin Rosli, Pembantu PPS Unit Narkotik, IPD Gombak yang…

Hari Terbuka Asrama 2017

Sabtu, 4 Februari 2017 – Hari Terbuka Asrama SBPI Gombak dilaksanakan bagi memberi penghargaan kepada warga sekolah khususnya murid-murid. Program ini merupakan salah satu usaha bagi melahirkan murid yang kreatif dan berdaya saing di samping dapat memupuk hubungan baik antara guru, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah. Impak positifnya juga…

Majlis Muafakat & Interaksi Akademik PT3 & SPM 2017

Rabu, 25 Januari 2017 – Ibu bapa dan penjaga murid-murid calon PT3 dan SPM 2017 telah menghadiri Majlis Muafakat & Interaksi Akademik PT3 & SPM yang telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini.  Melalui majlis ini ibu bapa telah dibentangkan oleh En Salleh Ismail (Pengetua SBPIG) dengan unjuran…