Sumbangan Duit Raya

Jumaat, 1 Julai 2016 – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, jawatankuasa kebajikan sekolah hari ini telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan duit raya kepada murid-murid projek khas dan juga murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah.  Sumbangan yang diperolehi daripada pelbagai pihak ini telah dikumpulkan dan diedarkan kepada murid-murid agar…

Majlis Khatam Quran & Iftar Jama’i

Rabu, 29 Jun 2016 – Sempena meraikan bulan Ramadan Al Mubarak, warga SBPI Gombak hari ini mengadakan Majlis Khatam Quran & Iftar Jama’i.  Majlis yang diadakan di Surau Al-Raudah ini telah dibimbing oleh ustaz jemputan khas yang telah diundang. Peserta-peserta yang terdiri daripada murid-murid lelaki telah memperdengarkan bacaan surah secara…

Perhimpunan Rasmi Pertama Bersama Pengetua Baharu

Isnin, 13 Jun 2016 – En Salleh Bin Ismail hari ini sebagai pengetua baharu SBP Integrasi Gombak bersama-sama semua warga pendidik dan murid-murid, buat pertama kalinya dalam perhimpunan rasmi sekolah. Semua warga sekolah telah menyambut kehadiran pengetua baharu ini dengan penuh mesra dan bersemangat untuk meneruskan kecemerlangan sekolah.  Mantan guru…

Majlis Perpisahan Pengetua Bersama-sama AJK PIBG 2016/17

Jumaat, 21 Mei 2016 – Satu Majlis Perpisahan Pengetua SBPI Gombak, Pn. Rahanim binti Abd. Rahim telah diadakan atas inisiatif Yang Dipertua PIBG, Brag. Jen. Muhammad Anwar bin Abdullah bertempat di Wisma Perwira Kuala Lumpur. Semua ahli jawatankuasa PIBG telah dijemput hadir bagi meraikan perpisahan tersebut. Acara makan malam itu…

Majlis Kenang-kenangan Bersama-sama Pn. Rahanim binti Abd. Rahim

25 Mei 2016 – Pihak sekolah telah mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama dengan Pn Rahanim binti Abd. Rahim sebelum majlis perpisahan beliau diadakan di Dewan Seri Gemilang SBPI Gombak. Sesungguhnya, sekolah pasti akan kehilangan suara mersik beliau yang memberikan semangat semasa di perhimpunan rasmi sekolah. Terima kasih, puan. Jasa dan baktimu…

SELAMAT DATANG PENGETUA BAHARU KE SBPI GOMBAK

25 Mei 2016- SBPI Gombak melakarkan sejarah terkini apabila menerima Pengetua baharu iaitu, Encik Salleh bin Ismail bagi menggantikan Puan Rahanim binti Abd.Rahim. Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Salleh bin Ismail.

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Kali ke-43 2016

Kubang Pasu – Pada 22 hingga 26 Mei 2016, SMS Kubang Pasu telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Kali ke-43 tahun 2016. Banyak acara yang dilangsungkan seperti pameran, Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan Majlis Anugerah Cemerlang SBP Bagi pencapaian cemerlang…

Majlis Perpisahan Pn Ratna dan Pn Haryanti

Jumaat, 27 Mei 2016 – Kelab Guru & Staf SBPI Gombak hari ini mengadakan majlis jamuan ringkas di bilik guru bagi meraikan dan menghargai 2 orang guru SBPI Gombak yang bakal bertukar ke sekolah baharu pada bulan Jun iaitu bermula awal penggal kedua persekolahan tahun ini. Mereka adalah Pn Puteri…

Lawatan Penandaarasan MRSM Muadzam Shah

Khamis, 26 Mei 2016 – Seramai 17 orang guru dari MRSM Muadzam Shah, Pahang telah mengadakan lawatan penandaarasan mereka ke sekolah ini. Delegasi ini telah mengambil peluang mengadakan sesi soal jawab bersama Pn Noridah Ramlan, Guru Penolong Kanan SBPI Gombak mengenai sistem, program dan pelbagai amalan yang dipraktikkan sekolah ini…

BEGIN CHALLENGE 2016

Rabu, 25 Mei 2016 – Seramai 4 orang murid-murid SBPI Gombak hari ini telah menyertai Pertandingan Beyond Engineering Innovation (BEGIN) Challenge 2016 peringkat kebangsaan.  Pertandingan yang berlangsung di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya ini telah disertai oleh Muhammad Muiz Ahmad Jefry, Nik Irfan Ar-Razi Mohd Asri, Haziq Abdul Wahab dan Mohamad Syahrul…