Isnin, 20 November 2017 – Murid-murid tingkatan 4 hari ini berpeluang menjalani amali sembelihan apabila Panitia Agama hari ini telah menjalankan praktikal terhadap apa yang telah mereka pelajari dalam Pendidikan Agama Islam dengan tujuan murid-murid dapat mempraktikkan sendiri teknik sembelihan yang betul. Program praktikal ini telah menggunakan kira-kira 50 ekor ayam…
Ahad, 19 November 2017 – Delegasi R&D SBPI Gombak seramai 21 orang murid, bersama Pn Norzaina Binti Zainalabidin selaku guru pengiring mampu tersenyum gembira hari ini apabila telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam program ‘Science Castle 2017’ yang berlangsung di Singapura. Dua produk inovasi iaitu Mengoilsteen dan Lemuni Hitam masing masing…
Selasa, 7 November 2017 – Murid-murid tingkatan 3 dan 4 hari ini telah selesai menjalani kursus ‘Peningkatan Kemahiran Insaniah’ yang telah berlangsung selama dua hari bermula semalam bertempat di Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sungai Pelek, Selangor. Matlamat kurus ini adalah untuk melahirkan murid yang dapat menghadapi cabaran globalisasi pada…
Khamis, 02 November 2017 – Hasil dari amalan pembudayaan amalan ICT di sekolah, INTEGOMB telah berjaya disenaraipendekkan sebagai antara 5 buah sekolah yang menjadi calon penerima Anugerah Pembestarian ICT Sekolah Menengah bagi peringkat kebangsaan. Untuk tujuan tersebut, hari ini pegawai penilai dari Bahagian Teknologi Pendidikan iaitu Pn Fazliaton Zainudin (Ketua Unit…
Rabu, 01 November 2017 – En Shamsuddin bin Mustapha, Timbalan Pengarah (Sekolah Kecemerlagan) BPSBPSK hari ini telah sudi merasmikan Hari Anuegrerah Kualiti, SBPI Gombak bagi tahun 2017. Majlis ini adalah untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada lebih 160 orang murid yang telah memberi sumbangan dan kecemerlangan dalam bidang NILAM, Kokurikulum…
Isnin, 30 Oktober 2017 – Warga SBPI Gombak hari ini menyambut kehadiran pengetua baharu dalam perhimpunan rasmi pada pagi hari ini. Pn Nor Hayati binti Yusoff mengambil kesempatan memperkenalkan diri beliau dalam ucapan pertama kalinya sebagai Pengetua SBPI Gombak. Pengetua Cemerlang itu juga menegaskan agar semua warga sekolah dapat mengenal…
Ahad, 29 Oktober 2017 – Pertandingan Debat Tunas Muda anjuran Jabatan Bahasa SBPI Gombak hari ini telah melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama 3 hari bermula hari Jumaat, 27 Oktober yang lalu. Sebanyak 13 buah sekolah telah bertanding dalam pertandingan kali ini. Sekolah Menengah Islam Al-Amin telah berjaya merebuat gelaran juara…
Jumaat, 27 Oktober 2017 – Sempena dengan pertukaran pengetua SBPI Gombak iaitu En Salleh Bin Ismail ke Sekolah Sultan Alam Shah, satu majlis penghargaan untuk beliau telah diadakan di Dewan Seri Gemilang hari ini. Melalui majlis ini En Salleh menyatakan rasa terharu beliau terhadap penghormatan yang diberi serta berterima kasih…
Jumaat, 27 Oktober 2017 – Sempena peperiksaan SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi, satu majlis restu ilmu antara calon-calon SPM 2017 dengan guru-guru telah diadakan. Nuruddin Hamzah bin Hamzani telah mewakili batch mereka menyampaikan ucapan agar guru-guru dapat mendoakan kejayaan cemerlang buat mereka semua. Mereka juga berjanji akan cuba…
Isnin, 24 Oktober 2017 – SBPI Gombak hari ini telah menerima kehadiran Pn Nor Hayati binti Yusoff yang melaporkan diri bagi menggantikan En Salleh bin Ismail sebagai pengetua di sekolah ini. Pn Nor Hayati bakal menjalankan tugasnya sebagai pengetua mulai minggu hadapan. Manakala En Salleh pula telah ditempatkan di Sekolah Sultan…