Jumaat, 6 Oktober 2017 – Bersempena dengan peperiksaan PT3 yang akan berlangsung pada minggu hadapan, murid-murid calon PT3 telah mengambil kesempatan untuk memperolehi restu daripada guru-guru atas segala ilmu telah yang diperolehi. Majlis yang diadakan pada waktu perhimpunan pagi itu turut mendengar ikrar dan janji calon-calon PT3 untuk berusaha mendapatkan…
Rabu, 04 Oktober 2017 – Murid-murid calon SPM 2017 hari ini telah meluangkan masa satu hari berada di Zoo Negara Kuala Lumpur bagi mengikuti program Rehat Minda yang diadakan khas untuk mereka. Program ini memberi peluang kepada mereka melupakan sejenak rutin belajar mereka setelah bertungkus lumus membuat persediaan bagi menghadapi SPM….
Rabu, 02 Oktober 2017 – Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, SBPI Gombak hari ini telah melancarkan ‘Bulan Bahasa Peringkat Sekolah’ yang telah dirasmikan oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak. Melalui bulan bahasa, pelbagai aktiviti akan diadakan oleh Jabatan Bahasa melalui panitia pelbagai bahasa yang ada di sekolah ini. En Salleh…
Sabtu, 30 September – Ibu bapa murid-murid calon SPM dan PT3 pada hari ini telah hadir ke INTEGOMB untuk berinteraksi dengan guru-guru mata pelajaran bagi mengetahui kesediaan anak-anak mereka dalam menghadapi SPM dan PT3 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam majlis ini ibu bapa juga telah diberikan taklimat tentang keputusan…
Jumaat, 29 September 2017 – Murid-murid tingkatan 1 dan 2 hari ini telah mengadakan ‘iPad Showcase’ yang membolehkan ibu bapa melihat sendiri bagaimana anak-anak mereka di INTEGOMB melalui proses pembelajaran dengan menggunakan iPad selaras dengan gaya pembelajaran abad 21. Melalui program ini murid-murid telah membuka beberapa ruruai mengikut mata pelajaran dan…
Ahad, 25 September 2017 – SBP Integrasi Gombak telah mengadakan sebuah program perkongsian ilmu berkaitan subjek Sains menengah atas di antara murid tingkatan 4 dan 5 bersama sekolah-sekolah menengah yang lain. Turut hadir juga murid daripada SBP-SBP yang lain. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak…
Isnin, 30 Julai 2017 – Seramai 12 orang tetamu termasuk guru pengiring daripada Itsukaichi Senior High School Hiroshima Jepun telah mengikuti program ini bersama INTEGOMB. Program ini telah berlangsung selama tujuh hari bermula dari 30 julai sehingga 5 Ogos 2017. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang penempatan mereka di SBP Integrasi…
Jumaat, 28 Julai 2017 – Seramai 16 orang guru dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya telah berkunjung ke SBPI Gombak bagi membuat penandaarasan terhadap pembelajaran menggunakan iPad yang telah dirintis oleh sekolah ini bermula tahun lepas. Sekolah Seri Puteri yang juga sedang dalam proses memperkasakan penggunaan iPad di sekolah mereka telah menjadikan…
Jumaat, 14 April 2017 – Program Nadi Kasih Projek Khas adalah salah satu agenda Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan keupayaan akademik dalam kalangan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah agar dapat bersaing dalam peringkat SPM dan seterusnya mengubah nasib keluarga pada masa hadapan. Program yang…
Isnin, 10 April 2017 – Pusat Sumber SBPI Gombak hari ini telah melancarkan program NILAM 2017 dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak telah sudi menyempurnakan perasmian program pada kali ini. Dalam ucapannya, Tn Pengetua berharap program NILAM ini akan…