Rabu, 10 Januari 2018 – Tahniah dan selamat datang kepada murid-murid tingkatan 1 yang telah terpilih menjadi warga baharu SBPI Gombak. Hari ini murid-murid yang terpilih telah mendaftar diri dan disambut dalam satu majlis khas untuk mereka. Melalui majlis yang turut dihadiri oleh En Mohd Zahri bin Abdul Rahim, Naib…
Selasa, 09 Januari 2018 – Seramai 38 orang murid dan seorang guru dari SMA Modern Riyadhul Jannah, Jawa Barat, Indonesia hari ini telah mengadakan lawatan ke SBPI Gombak. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui sistem pembelajaran yang menjadi amalan di sekolah ini memandangkan mereka juga adalah salah sebuah sekolah berasrama penuh di…
Isnin, 08 Januari 2018 – Murid-murid cemerlang bagi setiap mata pelajaran SPM dan PT3 hari ini telah dilantik sebagai Guru Muda pelajaran dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Seri Gemilang. Setiap Guru Muda adalah bertanggungjawab membimbing rakan-rakan lain yang bermasalah dalam pembelajaran. Sistem Guru Muda ini adalah salah satu…
Khamis, 4 Januari 2018 – Sempena pertukaran Pn Mahfuzah Mamat ke sekolah baharu, Kelab Guru & Staf SBPI Gombak hari ini telah mengadakan satu majlis ringkas bagi menghargai segala sumbang bakti beliau selama 9 tahun berkhidmat di sekolah ini. Pn Mahfuzah yang merupakan guru Bahasa Inggeris ini akan bertukar ke…
Rabu, 03 Januari 2018 – Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusast Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Badan Dakwah Islamiah (BADAR) merupakan organisasi yang dibentuk dalam kalangan murid bagi membantu pentadbiran pengurusan murid sepanjang berada di sekolah. Murid-murid yang telah terpilih dalam organisasi tersebut telah dilantik dalam satu Majlis Watikah…
Selasa, 02 Januari 2018 – Sesi persekolahan baharu bagi tahun 2018 dimulakan dengan perhimpunan rasmi pertama di Dewan Seri Gemilang. Semua murid-murid dan guru kembali ke sekolah dengan ceria bersama semangat baharu bagi melaksanakan azam dan kecemerlangan. Pn Nor Hayati Yusoff, Pengetua SBPI Gombak mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah…
Jumaat, 24 November 2017 – Sempena cuti akhir tahun 2017 yang akan bermula esok, satu perhimpunan khas telah diadakan bagi memberikan beberapa pesanan dan peringatan kepada murid-murid. Pn Pengetua dalam ucapannya berharap agar pada tahun hadapan murid-murid dapat membuat perubahan dengan pelbagai penambahbaikan yang dapat memantapan imej dan keterampilan murid-murid….
Khamis, 23 November 2017 – Murid-murid yang menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan sepanjang bulan bahasa peringkat sekolah hari ini menerima hadiah kemenangan mereka masing-masing dalam majlis penutupan yang telah diadakan sewaktu perhimpunan pagi. Pn pengetua telah sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan telah dapat menarik minat…
Rabu, 22 November 2017 – Seramai 17 pegawai pendidikan dari Dinas Pendidikan Kota Tangerang, Indonesia hari ini telah mengadakan lawatan mereka ke SBPI Gombak. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan mempelajari suasana pembelajaran di sekolah ini sebagai salah satu penandaarasan yang mungkin boleh dicontohi untuk faedah penambahbaikan pendididkan di tempat…
Selasa, 21 November 2017 – Pembudayaan ICT yang diperkasakan di SBPI Gombak hari ini telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila telah dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Terbaik Pembestarian Sekoah’ bagi kategori sekolah menengah dalam majlis ‘Anugerah Pembestarian Sekolah 2017’ peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Bukit…