Sabtu, 03 Mac 2018 – Salah satu agenda tahunan sekolah iaitu Hari Asrama Terbuka telah dilaksanakan hari ini dengan tema ‘Mahabbah Indah, Ukhwah Teserlah’. Majlis yang juga berentuk karnival ini telah melibatkan pelbagai jualan dan pameran dari pelbagai pihak luar di samping oleh organisasi-organisasi rumah yang terdapat di sekolah ini. …
Jumaat, 2 Mac 2018 – Seramai hampir 20 orang guru-guru dari SMK Dato Hj Ahmad Said, Kuala Terengganu hari ini telah mengadakan lawatan mereka ke SBPI Gombak. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membuat penandaarasan dari sudut Pdpc Abad 21. Melalui lawatan ini delegasi telah berpeluang menyaksikan persembahan ‘Gagage Band’ sekolah…
Rabu, 14 Februari 2018 – Kejohanan Balapan & Padang peringkat sekolah untuk kali ke-15 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Selain mempertandingkan acara-acara padang dan balapan, seperti biasa murid-murid turut bertanding dalam acara senamrobik, perbarisan, hiasan khemah rumah dan papan info. Keputusan keseluruhan kejohanan olahraga telah berpihak kepada Merah…
Sabtu, 03 Februari 2018 – Seramai 10 orang murid dan seorang guru dari Sekolah Menangah Seiko-Gakuin,Yokohama Jepun telah mengunjungi SBPI Gombak hari ini bagi melaksanakan program ‘Science Research Conference’ bersama-sama murid-murid sekolah ini. Melalui program ini, murid-murid Seiko-Gakuin dan murid-murid SBPI Gombak yang terlibat dalam projek-projek R&D telah bertukar-tukar ilmu dan…
Rabu, 31 Januari 2018 – Majlis Solat Hajat Barakah dan Ceramah Keibubapaan telah diadakan pada hari ini dengan objektif untuk memupuk kemuafakatan dan antara guru dan ibu bapa serta merapatkan ukhwan di antara ibu bapa, guru-guru dan anak-anak INTEGOMB. Majlis ini disambut baik oleh ibu bapa dalam kalangan murid-murid tingkatan…
Jumaat, 26 Januari 2018 – Ibu bapa dan penjaga murid-murid calon PT3 dan SPM 2018 telah menghadiri Majlis Dialog Prestasi, Penetapan Sasaran dan Aku Janji PT3 & SPM yang telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini. Melalui majlis ini ibu bapa telah dibentangkan oleh Pn Nor Hayati Yusoff…
Khamis, 25 Januari 2018 – Pasukan Research & Development (R&D) SBPI Gombak hari ini mengorak satu lagi langkah mengadakan persetujuan dengan Fakulti Sains Universiti Malaya apabila bersama-sama menandatangani MoU yang bakal menjadikan Fakulti Sains UM ini sebagai mentor kepada projek-projek R&D yang dijalankan oleh sekolah ini. Majlis ini telah menyaksikan penandatanganan…
Khamis, 25 Januari 2018 – Selama 4 hari iaitu bermula 22 Januari hingga hari ini, SBPI Gombak telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Ragbi MSSD Daerah Gombak. Bagi Kategori bawah 18 tahun, sebanyak 7 buah pasukan daripada 7 buah sekolah telah bertanding. Manakala kategori bawah 15 tahun pula melibatkan 9…
Isnin, 22 Januari 2018 – Program mentor-mentee bermatlamat untuk menjadi satu saluran kepada murid-murid dalam membimbing mereka menangani pelbagai masalah agar mereka sentiasa terbimbing secara sihat. Hari ini program mentor-mentee telah dilancarkan dengan memperkenalkan mentor-mentor yang terdiri daripada para guru yang bakal membimbing mentee mereka daripada setiap dorm yang terdapat…
Jumaat, 19 Januari 2017 – Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2018 untuk kali ke-15 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Kejohanan yang mengekalkan trek larian yang sama seperti tahun-tahun terdahulu ini telah menyaksikan kecemerlangan rumah Merah Delima berjaya memungut mata tertinggi untuk muncul sebagai juara keseluruhan. Rumah Hijau Zamrud…