Selasa, 03 April 2018 – Pasukan ragbi sekolah hari ini telah berpeluang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan ragbi Scotch College yang berkunjung ke sekolah ini dari Melbourne, Australia. Delegasi yang melibatkan 18 orang murid, 2 orang guru dan seorang jurulatih itu telah berpeluang beramah mesra dengan pemain-pemain ragbi serta guru-guru…
Selasa, 03 April 2018 – Seramai 7 orang pengetua-pengetua rangkaian sekolah Dasar Muhammadiyah, Kabupaten Sidoarja, Jawa Timur, Indonesia, bersama 32 orang murid-murid mereka mengadakan lawatan ke SBPI Gombak. Melalui lawatan ini mereka dapat mengenali SBPI Gombak dan seterusnya mempelajari sistem pembelajaran dan pengurusan yang diamalkan di sekolah ini. Murid-murid juga…
Isnin, 02 April 2018 – Majlis pelancaran 5 buah program dalam satu telah disempurnakan hari ini di Dewan Seri Gemilang oleh Pn Nor Hayati binti Yusoff. Program-program yang dilancarkan adalah Bulan Bahasa, Bulan Pusat Sumber, Kem Membaca 1Malaysia, NILAM dan Gompedia.FM. Program-program ini dilancarkan adalah untuk memperkasakan murid-murid SBPI Gombak…
Khamis, 29 Mac 2018 – EDU Global School dari Bandung Indonesia telah mengadakan lawatan mereka ke SBPI Gombak selama dua hari bagi mengadakan ‘Smart Learning Programme’. Delegasi yang terdiri daripada 13 orang murid dan 5 orang guru tersebut telah mengambil peluang ini untuk mengenali sekolah ini terutamanya berkaitan dengan sistem…
Jumaat, 16 Mac 2018 – Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 bagi SBPI Gombak telah diadakan hari ini di Dewan Seri Gemilang. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Sajoli bin Masdor, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Mesyuarat kali ini telah sebulat suara memilih untuk mengekalkan AJK…
Khamis, 15 Mac 2018 – Setelah berada selama 5 hari bermula 12 Mac lalu, program pertukaran murid dengan SMP Negeri 1 Kudus, Semarang Indonesia berakhir pada hari ini dalam satu majlis penutupan yang diadakan di Dewan Seri Gemilang. Seramai 15 orang murid dari sekolah tersebut telah berpeluang merasai pengalaman persekolahan…
Khamis, 15 Mac 2018 – Keputusan SPM bagi tahun 2017 yang diumukan hari ini telah menyaksikan seramai 19 orang calon daripada SBPI Gombak telah berjaya memperolehi keputusan semua A. Murid terbaik adalah Saudari Fatin Nadhirah binti Ahmad Tarmizi yang juga menjadi salah seorang murid terbaik SPM bagi negeri Selangor. Secara…
Ahad, 11 Mac 2018 – Cabaran Debat Za’ba merupakan satu kejohanan debat yang pertama kali diperkenalkan pada 2015 menerusi Karnival Premier Za’ba UKM (KAPREZA) bagi menghimpunkan pendebat-pendebat amatur dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pertandingan yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 9 Mac yang lalu telah disertai oleh pasukan debat Bahasa Melayu…
Ahad, 11 Mac 2018 – Unit Kokurikulum SBP Integrasi Gombak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Kokurikulum di Eco Marine Pulau Perhentian Terengganu, bermula 9 Mac yang lalu. Program ini telah melibatkan seramai 34 orang murid tingkatan 3 dan diiringi oleh 8 orang guru. Kurus ini adalah bertujuan untuk membina dan membentuk…
Sabtu, 3 Mac 2018 – Muhammad Alif Shahrum dan Fazreel Edie yang telah memenangi pertandingan Science Castle yang diadakan di Singapura pada November 2017 lalu telah berpeluang mengikuti ‘The 7th Hyper Interdisciplinary Conference’ di Tokyo, Jepun. Pengajur pertandingan tersebut iaitu ‘Leave a Nest’ telah menghimpunkan kesemua pemenangan melalui 6 siri pertandingan…