Author : Johan Majid

Merentas Desa 2016

Sabtu, 20 Febuari 2016 – Kejohanan Merentas Desa 2016 telah diangsungkan dengan jayanya pada hari ini. Pertandingan yang melibatkan kesemua rumah sukan ini telah menyaksikan Hijau Zamrut sebagai pasukan unggul yang memenangi juara keseluruhan seperti tahun lalu. Merah Delima di tempat kedua diikuti rumah Biru Nilam (ketiga) dan Kuning Topaz…

Ceramah ‘Look Smart’

Jumaat, 19 Februari 2016 – Bersesuaian dengan status Sekolah Berprestasi Tinggi dan ‘School of Global Excellence’ imej murid-murid SBP Integrasi Gombak dan keterampilan mereka hendaklah selari. Menyedari akan situasi tersebut satu ceramah yang dapat memberi bimbingan tentang imej yang meyakinkan sebagai sebuah sekolah yang disegani telah diadakan. Ceramah ini telah…

Program Immersion Akademik TKC

Jumaat, 19 Febuari 2016 – Seramai 9 orang murid daripada Kolej Tunku Kursiah (TKC) hari ini selamat menjalani program Immersion Akademik di sekolah ini selama seminggu bermula hari Isnin 15 Febuari 2016.  Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman hidup di SBP Integrasi Gombak terutama dalam…

Running Math MSU President Cup 2016

Selasa, 16 Febuari 2016 – Seramai 8 orang murid SBP Integrasi Gombak telah menyertai pertandingan ‘Running Math MSU President Cup 2016’.  Pertandingan anjuran Universiti MSU (Management and Science University) ini telah menobatkan saudara Muhammad Ihsan Bin Sahrolnizam sebagai peserta lelaki terbaik keseluruhan dan melayakkan beliau menerima hadiah berbentuk biasiswa berjumlah RM4000.00….

Majlis Muafakat & Interaksi Akademik SPM & PT3

Jumaat, 22 Januari 2016 – Majlis Muafakat & Interaksi Akademik SPM & PT3 hari ini telah memberi peluang kepada ibu bapa untuk berinteraksi dengan guru-guru sebagai satu kerjasama bagi memastikan kecemerlangan calon-calon SPM dan PT3 pada tahun ini. Pn Rahanim selaku pengetua dalam ucapannya telah membentangkan unjurkan prestasi murid-murid pada…

Majlis Perpisahan En Suharman

Khamis, 21 Januari 2016 – Kelab Guru dan Staf SBPI Gombak hari ini mengadakan majlis ringkas di bilik guru bagi meraikan En Suharman yang bakal bertukar di sekolah baharu setelah lebih 10 tahun berkhidmat di SBPI Gombak bermula tahun 2005.  Penghijrahan En Suharman pastinya suatu kehilangan besar bagi sekolah apatah…

Program Guru Penyayang – Mentor-Mentee

Isnin, 18 Januari 2016 – Pelancaran Program Guru Penyayang – Mentor Mentee 2016 telah diadakan pada hari ini sewaktu perhimpunan rasmi mingguan. Program yang dirasmikan oleh Tn Pengetua SBP Integrasi Gombak, Pn Rahanim binti Abd Rahim bermatlamat untuk mewujudkan hubungan baik antara mentor dan mentee di samping menjadi salah satu…

Kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) Untuk Guru

Ahad, 17 Januari 2016 – Seramai lebih 50 orang guru-guru SBP Integrasi Gombak telah berjaya menamatkan kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) dalam pendidikan setelah berkursus selama dua hari bermula hari Sabtu 16 Januari 2016. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai teknik NLP agar berupaya mengorak langkah…

Pelancaran Program Fasilitator SPM & PT3

Isnin, 11 Januari 2016 – Program Fasilitator yang diwujudkan dengan melantik para fasilitator bagi setiap mata pelajaran dalam kalangan murid-murid bagi membantu murid-murid lain mencapai kecemerlangan SPM dan PT3 telah dilancarkan hari ini oleh Pn Rahanim Abd Rahim, Pengetua SBP Integrasi Gombak. Pn Rahanim dalam ucapan beliau berharap fasilitator yang…

One Step to Japan

Ahad, 10 Januari 2016 – Program One Step to Japan anjuran Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah diadakan hari ini bertempat di Ambang Asuhan Jepun (AAJ) di Universiti Malaya. Program ini telah mendedahkan murid kepada peluang melanjutkan pelajaran ke Jepun tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sebanyak 20 buah sekolah SBP…