Jumaat, 22 Mac 2019 – Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 bagi SBPI Gombak telah diadakan hari ini di Dewan Seri Gemilang. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Puan Aniza binti Kamarulzaman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sekolah Kluster Kecemerlangan Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlagan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mesyuarat kali ini telah…
Selasa, 19 Mac 2019 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekaolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat daerah Gombak bagi tahun 2019. Melalui majlis ini beberapa pertandingan seperti Tadarus Al-Quran, Syarahan Agama, Nasyid dan sebagainya telah dilangsungkan bagi sekolah-sekolah yang terpilih…
Ahad, 16 Mac 2019 – Seramai 80 orang murid-murid dari SK Sungai Pusu Gombak telah mengadakan program perkongsian pintar dengan sekolah ini bermula semalam dan berakhir pada hari ini. Murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini telah diberi peluang untuk merasai pengalaman menginap di sekolah ini di samping mengikuti…
Khamis, 14 Mac 2019 – Keputusan SPM bagi tahun 2018 yang diumukan hari ini telah menyaksikan seramai 32 orang calon daripada SBPI Gombak telah berjaya memperolehi keputusan semua A. Keputusan SPM bagi tahun ini telah berjaya menjulang kembali nama SBPI Gombak sebagai 10 terbaik dalam senarai SBP apabila berjaya menempatkan…
Isnin, 11 Mac 2019 – Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Badan Dakwah Islamiah (BADAR), Ahli Lembaga Koperasi Sekolah (ALK) dan Sidang Redaksi Menento merupakan organisasi yang dibentuk dalam kalangan murid bagi membantu pentadbiran pengurusan murid sepanjang berada di sekolah. Murid-murid yang telah terpilih dalam…
Sabtu, 09 Mac 2019 – Majlis solat hajat bagi murid-murid yang bakal menduduki PT3 tahun ini telah diadakan di Suaru Ar-Raudah pada pagi ini, bersama-sama ibu bapa mereka dan juga guru-guru yang berkesempatan untuk hadir sama. Acara selepas itu diteruskan pula di Dewan Seri Gemilang bagi bacaan ikrar aku janji…
Sabtu, 23 Februari 2019 – Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-16 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Selain mempertandingkan acara-acara padang dan balapan, seperti biasa murid-murid turut bertanding dalam acara senamrobik, perbarisan, hiasan khemah rumah dan papan info. Keputusan keseluruhan kejohanan olahraga telah berpihak kepada rumah Zamrud sebagai juara, manakala…
Isnin, 18 Februari 2019 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah menerima kehadiran 5 orang guru dan 14 orang murid nagi mengaadakan penandaarasan di sekolah ini. Mereka akan berada di sekolah ini mulai hari ini sehingga Khamis (4 hari). Murid-murid sekolah tersebut akan berpeluang menghadiri kelas pembelajaran bersama-sama murid-murid sekolah…
Isnin, 18 Februari 2019 – Program ‘Jom Ke Sekolah’ yang dilancarkan seluruh negara turut berlangsung pelancarannya di sekolah ini. Pelancaran yang berlangsung semasa perhimpunan pagi ini telah dirasmikan oleh Pn Nor Hayati binti Yusoff, pengetua SBP Integrasi Gombak. Tutut hadir sama adalah Inspektor Muhammad Asraff bin Mohd Nor Anuar, Pegawai…
Jumaat, 15 Februari 2019 – Seramai 11 orang guru dan 15 orang murid dari SM Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban, Negeri Sembilan hari ini telah mengadakan lawatan mereka ke SBPI Gombak bagi melaksanakan program ‘Smart Learning’ yang bertujuan meninjau beberapa aspek yang menjadi amalan di sekolah ini yang mungkin boleh…