Majlis Aku Janji Calon SPM & PT3, 2020

Majlis Aku Janji Calon SPM & PT3, 2020

Sabtu, 15 Februari 2020 – Calon-calon SPM dan PT3 bagi tahun 2020 hari ini telah melafazkan ikrar dan aku janji mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut di hadapan guru-guru dan ibu bapa yang telah hadir pada majlis yang telah berlangsung di Dewan Seri Gemilang hari ini. Pn Nor Hayati Yusoff, Pengetua SBPI Gombak turut membentangkan unjuran perkembangan akademik bagi setiap setaip mata pelajaran dan membuat penetapan sasaran yang bakal dicapai. Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, wakli PIBG sekolah dalam ucapannya juga berharap agar apa yang dirancang akan dapat dicapai dan seterusnya mengharapkan ibu bapa juga turut dapat menyumbang ke arah kecemerlangan tersebut.  Melalui majlis ini ibu bapa juga berkesempatan menemui guru-guru untuk berbincang dan mengenal pasti perkembangan akademik anak-anak mereka.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :