Majlis Persaraan Pn Faridah Said

Majlis Persaraan Pn Faridah Said

Majlis Persaraan Pn Faridah Said

Jumaat, 29 Julai 2016 – Pn Faridah binti Said yang telah memulakan perkhidmatannya sebagai guru pada1989, hari ini telah diraikan oleh seluruh warga SBPI Gombak di Dewan Seri Gemilang sempena persaraannya dalam satu majlis yang diadakan khas untuk beliau. Sebelum berkhidmat di SBPI Gombak pada 2004 hingga hari ini, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di dalam negeri Selangor iaitu di SMK Teluk Panglima Garang Banting, SMK Selayang Baru Batu Caves dan SMK Gombak Setia. Beliau yang dikenali sebagai ‘Cancer Survivor‘ ini amat bersyukur kerana dapat menamatkan perkhidmatan beliau sehingga ke pengujung kerjayanya dengan baik.  Beliau dalam ucapannya antara lain banyak bercerita tentang pengalaman beliau dalam mengharungi cabaran hidup terutamanya apabila berhadapan dengan penyakit kanser tahap 4, untuk dijadikan teladan kepada semua warga sekolah.  Majlis persaraan Pn Faridah ini telah dimulakan dengan bacaan surah Yassin, disamping ucapan daripada tuan pengetua, ketua murid, pengerusi kelab guru dan beliau sendiri. Tayangan video khas mengenai beliau juga telah diadakan. Majlis diakhiri dengan makan tengah hari bersama seluruh warga sekolah di dewan makan asrama.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
error: Content is protected !!